msen

Undang-Undang Yang Membenarkan Pihak Majlis Mengutip Cukai Taksiran

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) , Seksyen 39 ( a ) menjelaskan hasil sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan  adalah terdiri daripada :-

  1. Cukai, kadar sewa, lesen, dan lain-lain  wang atau caj yang dibayar.
  2. Caj / keuntungan dari perdagangan, perkhidmatan atau perusahaan.
  3. Faedah atas wang yang dilaburkan.
  4. Hasil yang terima daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan lain-lain termasuklah pemberian dan sumbangan.

Cukai Taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171). Cukai ini dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Mas yang meliputi harta-harta seperti berikut ;

  1. Kediaman
  2. Perniagaan
  3. Perindustrian
  4. Tanah Kosong

Kepentingan Cukai Taksiran/ Pintu

Cukai taksiran adalah perlu bagi membiayai:

  1. Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, kebersihan jalan, parit dan pemotongan rumput;
  2. Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar;
  3. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan;
  4. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, tempat-tempat rekreasi dan sebagainya.

Masa Perlu Bayar

Cukai taksiran perlu dijelas 2 kali setahun iaitu pada:

  • Setengah tahun pertama di antara 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun.
  • Setengah tahun kedua di antara 1 Julai hingga 30 Ogos setiap tahun.

<--pagebreak-->

Tindakan Oleh Majlis Jika Cukai Taksiran/ Pintu Tidak Dibayar

  1. Denda akan dikenakan sebanyak satu peratus (1%) daripada jumlah tunggakan.
  2. Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh notis dikeluarkan.
  3. Jika masih belum dijelaskan selepas tempoh notis, waran tahanan akan dikuatkuasakan. Kadar sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan ke atas keseluruhan tunggakan.
  4. Tindakan sita/ merampas dan melelong harta alih.
  5. Tindakan mahkamah menjual harta tak alih.
  6. Kesemua kos yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada tunggakan.

Tindakan Anda Jika Bil Tidak diterima

Anda dikehendaki datang ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dengan segera bagi mendapatkan bil cukai taksiran yang terkini.

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Telah Menjual/ Menukar Milik Bangunan Atau Tanah

  1. Hadir ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas
  2. Isi dan lengkapkan Borang I (Borang Pindahmilik)
  3. Sertakan salinan Surat Perjanjian Jual-beli atau salinan Geran Hak Milik yang mempunyai nama pemilik yang baru.
  4. Sertakan salinan resit bil Cukai Taksiran terkini yang telah dijelaskan.

Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh pindahmilik boleh menyebabkan anda dikenakan denda tidak lebih daripada Dua Ribu Ringgit Malaysia (RM 2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam (6) bulan  atau kedua-duanya (Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976).

<--pagebreak-->

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Telah Berpindah

Tulis surat ke Unit Penilaian dan Pengurusan Harta atau emailkan kepada e-aduan dengan menyertakan nama, nombor akaun dan alamat pos yang baru.

Bangunan Kosong Atau Tidak Diduduki

Mengikut seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976, sekiranya bangunan anda kosong dan tidak diduduki untuk tempoh melebih satu (1) bulan, anda boleh memohon pulangan balik atau remisi dengan menulis surat atau mengisi Borang Permohonan Remit  dengan menyertakan bukti-bukti berikut:-

  1. Bangunan tersebut dalam keadaan baik dan layak diduduki.
  2. Segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan penyewa telah dibuat (sertakan keratan iklan dalam surat khabar dan salinan resit pengiklanan atau surat daripada agen hartanah yang dilantik).
  3. Bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu tuntut.

Permohonan Perlu dikemukakan pada setiap awal penggal selama tempoh bangunan tersebut masih kosong. bagi bangunan yang digunakan untuk ruang pejabat, perniagaan atau gudang, hanya keluasan yang melebihi 1,000 kaki persegi pada tingkat yang sama sahaja layak memohon remisi.

Bayaran secara ansuran

Anda adalah dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas untuk berunding dengan pegawai yang bertanggungjawab di Unit Penilaian dan Pengurusan Harta.

<--pagebreak-->

Penyata Boleh Dikehendaki Oleh Pegawai Majlis

Mengikut kuasa yang diberikan oleh Seksyen 140, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171), pihak Majlis boleh mengkehendaki pemilik mengemukakan maklumat-maklumat berkaitan luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya serta segala maklumat yang perlu untuk menyediakan senarai nilaian bagi maksud penguatkuasaan cukai taksiran. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh, pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan jika perlu, mengukurnya.

Seseorang yang enggan memberikan maklumat-maklumat berkaitan dalam tempoh dua (2) minggu, membuat penyataan palsu atau menghalang pihak berkuasa tempatan daripada menjalankan tugas-tugas diatas boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih lebih daripada dua ribu Ringgit Malaysia (RM 2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam (6) bulan atau kedua-duanya.

Kaedah-Kaedah Pembayaran

  • Bayaran tunai di Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dan cawangan Rantau Panjang
  • Melalui cek atau kiraman wang pos di atas nama 'Majlis Daerah Pasir Mas' dengan mencatatkan nama, nombor telefon, alamat surat menyurat dan nombor akaun di belakang cek. Serta bil atau butiran mengenai harta berkaitan.
  • Bayaran secara online

Akta-akta parlimen yang diterima pakai oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)
Akta Kerajaan Tempatan 1976 merupakan akta parlimen yang menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab Majlis secara menyeluruh. Antara perkara-perkara yang digariskan dalam akta ini ialah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a) Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan:

  1.  Pengurusan Sisa Pepejal
  2. Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan
  3. Penyenggaraan Parit Dan Longkang
  4. Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan
  5. Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam
  6. Penyenggaraan Tempat-tempat Awam
  7. Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam
  8. Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan

b) Kuasa mengadakan Undang-Undang Kecil dan Peraturan

c) Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:

  1.  Cukai Taksiran
  2. Bayaran-bayaran Lesen & Denda
  3. Geran Pelancaran
  4. Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
  5. Geran Untuk Projek-projek Pembangunan
  6. Geran Penyenggaraan Jalan

d) Melaksanakan Projek-projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:

  1.  Perumahan
  2. Perindustrian & Perdagangan
  3. Kemudahan-kemudahan Rekreasi
  4. Infrastruktur Bandaran

2. Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172)
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bertindak dan berfungsi sebagai instrumen perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Antara fungsi dan kuasa Majlis  dibawah akta ini ialah:

a) Majlis Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya
b) Mengatur, Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya
c) Mengusaha, Membantu dan Menggalakkan Pemungutan, Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan, Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa, dan Methodologinya
d) Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)
Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133) merupakan akta yang memberikan kuasa kepada Majlis dalam perkara berkaitan pengurusan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Antara kuasa-kuasa Majlis dibawah akta ini ialah:

a) Meluluskan Pelan Bangunan
b) Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut Kehendak- kehendak Yang Ditetapkan
c) Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan
d) Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan
e) Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan
f) Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan
g) Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya
h) Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap
i) Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)

4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
Dibawah akta ini, Majlis berkuasa untuk mengadakan perintah-perintah berkaitan dengan jalan-jalan awam dikawasan Majlis merangkumi perintah seperti tatacara meletak kenderaan, dan larangan penggunaan jalan dikawasan Majlis.


NO

UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI / KECIL

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
-
-
15
-
16
-
17
-
Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Daerah Pasir Mas (Kelakuan dan Tatatertib) 1984
Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MDPM 1991
Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau-Rayau MDPM 1983
Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MDPM 1989
Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MDPM 1989
Undang-Undang Kecil Tandas Awam MDPM 1989
Undang-Undang Kecil Perlesenan Haiwan MDPM 1998
Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MDPM 1983
Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDPM 2004
Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MDPM 1998
Undang-Undang Kecil Vandalisme MDPM 1998
Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MDPM 1990
Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MDPM 1989
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MDPM 1989
Undang-Undang Kecil Penjaja MDPM 2009
Undang-Undang Kecil Iklan MDPM 2009
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MDPM 1989
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MDPM 2010
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2007)
Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MDPM 2009
Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MDPM 2004
Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MDPM 2010

 

  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan jasmani dan rohani untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala.
  • Mengawal dan menyelia projek pembangunan yang dilaksanakan supaya ia memberi faedah kepada majlis dan masyarakat dalam kawasan pentadbirannya.
  • Merancang program bagi menambah Kewangan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dalam menuju kearah Majlis Daerah berdikari.
  • Penguatkuasaan undang-undang bagi menjamin undang-undang dan peraturan Majlis Daerah Pasir Mas dipatuhi dan dihayati sepenuhnya oleh masyarakat.
  • Memperkemaskan dan mempertingkatkan jentera pengurusan dan pentadbiran Majlis supaya dapat member perkhidmatan dan melaksanakan program pembangunan dengan cekap dan berkesan.
  • Mewujudkan kemudahan-kemudahan asas, aktiviti-akktiviti sosio ekonomi, rekreasi dan mengindahkan kawasan-kawasan bandar sebagai bandar dalam taman.
  • Mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan majlis.
  • Untuk mewujudkan satu kawasan Majlis Daerah yang sempurna serta mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu Wataala.

Misi

  • Menjamin perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti kepada setiap pelanggan
  • Sentiasa berusaha menjadikan kawasan majlis daerah pasir mas maju, bersih dan indah.

Visi

  • Untuk menjadikan kawasan Majlis Daerah Pasir Mas sebagai kawasan yang permai, bersih, indah dan dinamik melalui penyediaan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti serta memastikan perlaksanaan yang adil dan saksama untuk semua.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini2
Kelmarin2
Minggu ini4
Bulan ini36
Jumlah Keseluruhan500100

1
Online

21 Mei 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov