Pusat Setempat (OSC)
Ketua Jabatan / Bahagian / Unit
Nama | TPr. Fakhrul Hafriz Bin Suhaimi | |
Telefon | 09-7916777 (133) | |
Faks | 09-7916999 | |
Emel | hafriz[at]kelantan.gov.my | |
Alamat | Majlis Daerah Pasir Mas, Kompleks Apam Putra, Bandar Bharu Pasir Mas, 17070 Pasir Mas, Kelantan. |
Latar Belakang
OSC di Pihak Berkuasa Tempatan adalah ditubuhkan bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan tanah melalui Pusat Setempat yang diperluaskan fungsinya, Pemohon tidak perlu pergi dari satu jabatan ke satu jabatan lain untuk mendapatkan kelulusan permohonan. Secara tidak langsung ini akan memudahkan orang ramai dan mempercepatkan proses.
Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai tanggungjawab yang besar bagi mengawal pemajuan di kawasan pentadbirannya. Sistem penyampaian prosedur pemajuan sedia ada adalah OSC 3.0, iaitu versi ketiga sejak Pusat Setempat (One Stop Centre, OSC) ditubuhkan pada 13 April 2007. Pihak PBT akan menerima permohonan pemajuan dan menyelaras ulasan Agensi Teknikal Luaran (ATL) serta Agensi Teknikal Dalaman (ATD) melalui OSC. Jawatankuasa OSC di dalam PBT adalah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi membuat pertimbangan untuk melulus atau menolak permohonan pemajuan tersebut.
Perjalanan gerak kerja OSC dipantau secara terus oleh pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan juga bertanggungjawab kepada pihak MDPM khususnya.
Carta Organisasi
Fungsi Bahagian
Fungsi
-
Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon.
-
Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan.
-
Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan.
-
Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal.
-
Memaklumkan kepada jawatankuasa pusat setempat mengenai permohonan yang telah diterima.
-
Mendapat maklumbalas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah.
-
Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh jabatan perancang, jabatan bangunan, jabatan kejuruteraan, berserta pelan pra-perhitungan untuk diangkat ke mesyuarat jawatankuasa setempat.
-
Mengedarkan keputusan mesyuarat jawatankuasa setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada tanah bagi permohonan pembangunan tanah di bawah Seksyen 124 A dan 204 D Kanun Tanah Negara.
-
Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan dua(2) kali sebulan dan meyediakan minit mesyuarat dan maklumbalas untuk edaran.
-
Mengumpul kertas keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat setempat untuk dimaklumkan mesyuarat majlis penuh PBT.
-
Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah, dan jabatan/Agensi teknikal.
Piagam Pelanggan
- Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain berkaitan cadangan kemajuan.
- Memendekkan masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan kemajuan di bawah konsep bina kemudian jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan di bawah konsep kemudian bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan.
- Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambil kira peruntukan-peruntukan di bawah kanun tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(AKTA 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (AKTA133).
Borang - Borang OSC
- Created on .
- Hits: 3523