msen

Cukai Taksiran

Undang-Undang Yang Membenarkan Pihak Majlis Mengutip Cukai Taksiran

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) , Seksyen 39 ( a ) menjelaskan hasil sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan  adalah terdiri daripada :-

  1. Cukai, kadar sewa, lesen, dan lain-lain  wang atau caj yang dibayar.
  2. Caj / keuntungan dari perdagangan, perkhidmatan atau perusahaan.
  3. Faedah atas wang yang dilaburkan.
  4. Hasil yang terima daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan lain-lain termasuklah pemberian dan sumbangan.

Cukai Taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171). Cukai ini dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Mas yang meliputi harta-harta seperti berikut ;

  1. Kediaman
  2. Perniagaan
  3. Perindustrian
  4. Tanah Kosong

Kepentingan Cukai Taksiran/ Pintu

Cukai taksiran adalah perlu bagi membiayai:

  1. Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, kebersihan jalan, parit dan pemotongan rumput;
  2. Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar;
  3. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan;
  4. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, tempat-tempat rekreasi dan sebagainya.

Masa Perlu Bayar

Cukai taksiran perlu dijelas 2 kali setahun iaitu pada:

  • Setengah tahun pertama di antara 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun.
  • Setengah tahun kedua di antara 1 Julai hingga 30 Ogos setiap tahun.

<--pagebreak-->

Tindakan Oleh Majlis Jika Cukai Taksiran/ Pintu Tidak Dibayar

  1. Denda akan dikenakan sebanyak satu peratus (1%) daripada jumlah tunggakan.
  2. Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh notis dikeluarkan.
  3. Jika masih belum dijelaskan selepas tempoh notis, waran tahanan akan dikuatkuasakan. Kadar sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan ke atas keseluruhan tunggakan.
  4. Tindakan sita/ merampas dan melelong harta alih.
  5. Tindakan mahkamah menjual harta tak alih.
  6. Kesemua kos yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada tunggakan.

Tindakan Anda Jika Bil Tidak diterima

Anda dikehendaki datang ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dengan segera bagi mendapatkan bil cukai taksiran yang terkini.

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Telah Menjual/ Menukar Milik Bangunan Atau Tanah

  1. Hadir ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas
  2. Isi dan lengkapkan Borang I (Borang Pindahmilik)
  3. Sertakan salinan Surat Perjanjian Jual-beli atau salinan Geran Hak Milik yang mempunyai nama pemilik yang baru.
  4. Sertakan salinan resit bil Cukai Taksiran terkini yang telah dijelaskan.

Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh pindahmilik boleh menyebabkan anda dikenakan denda tidak lebih daripada Dua Ribu Ringgit Malaysia (RM 2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam (6) bulan  atau kedua-duanya (Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976).

<--pagebreak-->

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Telah Berpindah

Tulis surat ke Unit Penilaian dan Pengurusan Harta atau emailkan kepada e-aduan dengan menyertakan nama, nombor akaun dan alamat pos yang baru.

Bangunan Kosong Atau Tidak Diduduki

Mengikut seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976, sekiranya bangunan anda kosong dan tidak diduduki untuk tempoh melebih satu (1) bulan, anda boleh memohon pulangan balik atau remisi dengan menulis surat atau mengisi Borang Permohonan Remit  dengan menyertakan bukti-bukti berikut:-

  1. Bangunan tersebut dalam keadaan baik dan layak diduduki.
  2. Segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan penyewa telah dibuat (sertakan keratan iklan dalam surat khabar dan salinan resit pengiklanan atau surat daripada agen hartanah yang dilantik).
  3. Bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu tuntut.

Permohonan Perlu dikemukakan pada setiap awal penggal selama tempoh bangunan tersebut masih kosong. bagi bangunan yang digunakan untuk ruang pejabat, perniagaan atau gudang, hanya keluasan yang melebihi 1,000 kaki persegi pada tingkat yang sama sahaja layak memohon remisi.

Bayaran secara ansuran

Anda adalah dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas untuk berunding dengan pegawai yang bertanggungjawab di Unit Penilaian dan Pengurusan Harta.

<--pagebreak-->

Penyata Boleh Dikehendaki Oleh Pegawai Majlis

Mengikut kuasa yang diberikan oleh Seksyen 140, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171), pihak Majlis boleh mengkehendaki pemilik mengemukakan maklumat-maklumat berkaitan luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya serta segala maklumat yang perlu untuk menyediakan senarai nilaian bagi maksud penguatkuasaan cukai taksiran. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh, pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan jika perlu, mengukurnya.

Seseorang yang enggan memberikan maklumat-maklumat berkaitan dalam tempoh dua (2) minggu, membuat penyataan palsu atau menghalang pihak berkuasa tempatan daripada menjalankan tugas-tugas diatas boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih lebih daripada dua ribu Ringgit Malaysia (RM 2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam (6) bulan atau kedua-duanya.

Kaedah-Kaedah Pembayaran

  • Bayaran tunai di Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dan cawangan Rantau Panjang
  • Melalui cek atau kiraman wang pos di atas nama 'Majlis Daerah Pasir Mas' dengan mencatatkan nama, nombor telefon, alamat surat menyurat dan nombor akaun di belakang cek. Serta bil atau butiran mengenai harta berkaitan.
  • Bayaran secara online

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Kelmarin1
Minggu ini2
Bulan ini35
Jumlah Keseluruhan499989

1
Online

19 Mac 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov