msen

Perutusan YDP

HAZMI BIN ABDUL HAMID YDP 2021 MDPM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung laman web Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM). Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang sentiasa mengikuti perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat, dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada seluruh warga Pasir Mas, adalah diharapkan segala maklumat dan berita yang berkaitan dengan Majlis boleh dicapai melalui media komunikasi seperti laman web rasmi Majlis Daerah Pasir Mas, facebook dan juga Twitter. Warga Pasir Mas juga boleh berhubung secara terus bagi mendapatkan perkhidmatan dan nasihat secara atas talian serta menyelesaikan masalah dengan mengunakan Sistem Aduan FMS di dalam laman web, emel kepada Majlis dan mesej di facebook.

Laman web ini juga menyediakan e-perkhidmatan bagi memudahkan urusan pelanggan yang ingin memuat turun borang yang disediakan dari laman ini. Majlis berharap setiap pengguna laman web ini dapat memberikan idea, pandangan atau cadangan yang bernas bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh majlis dari semasa ke semasa.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, MDPM dapat memberikan perkhidmatan yang pantas, efisyen dan lebih tepat sesuai dengan keperluan warga majlis yang lebih selesa untuk mendapatkan perkhidmatan majlis melalui perkembangan teknologi yang terkini. Di samping itu, diharapkan pengunjung laman web ini akan  sentiasa mendapatkan maklumat yang terkini mengenai perkhidmatan majlis melalui kemudahan dan perubahan yang dilakukan  pada laman ini dari semasa ke semasa.

"Bandar Pasir Mas Bandar Sejahtera"

Sekian, wassalam.

HAZMI BIN ABDUL HAMID
Yang DiPertua
Majlis Daerah Pasir Mas

 

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Kelmarin1
Minggu ini2
Bulan ini35
Jumlah Keseluruhan499989

1
Online

19 Mac 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov