Perundangan
Ketua Jabatan / Bahagian / Unit
Nama |
Ahmad Fariq Bin Mohd Saifuddin |
![]() |
Telefon |
09-7916777 |
|
Faks |
09-7916999 |
|
Emel |
|
|
Alamat |
Majlis Daerah Pasir Mas, |
Latar Belakang
Motto
" Dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil"
Visi
Menjadikan perundangan Majlis dilaksanakan secara berhikmah bertunjangkan keadilan dan persaudaraan Islam.
Misi
Memastikan pematuhan dan pelaksanaan undang-undang dalam mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, aman makmur dan bertanggungjawab.
Carta Organisasi
Maklumat sedang dikemaskini...
Objektif
- Melengkapkan sumber-sumber perundangan Majlis dengan mewujudkan sumber-sumber perundangan terutamanya Perundangan Subsidiari (Subsidiary Legislation);
- Memastikan segala peraturan dan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis menjadi teras kepada sesuatu dasar atau polisi yang dibuat oleh Majlis;
- Memastikan setiap tindakan Undang-undang dan Penguatkuasaan dilaksanakan secara tegas, bertanggungjawab dan tersusun terhadap perlanggaran mana-mana peraturan atau undang-undang;
- Mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap peraturan-peraturan dan undang-undang Majlis secara langsung melalui tindakan penguatkuasaan.
Fungsi Bahagian
- Menggubal dan meminda Undang-Undang Kecil, peraturan, perintah dan kaedah Majlis.
- Menyemak undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
- Memberi khidmat nasihat perundangan dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah.
- Mengemaskini koleksi rujukan undang-undang Majlis
- Menyedia dan menyemak surat perjanjian.
- Mengadakan pendidikan perundangan kepada pegawai-pegawai Majlis.
- Menguruskan bahan untuk kursus/bengkel undang-undang.
Piagam Pelanggan
1.Berusaha menyediakan perkhidmatan perundangan
perundangan yang mesra secara berkesan, cekap, adil dan
berhikmah
2.Memastikan permohonan penyelesaian luar mahkamah
bagi kes-kes saman jabatan diselesaikan dalam tempoh
segera
3.Mengeluarkan notis susulan berkaitan dengan kes-kes
pelanggaran undang-undang dalam tempoh segera dan
mengambil tindakan susulan selepas tempoh notis tamat
4.Membuat semakan dan pindaan undang-undang
kecil/peraturan jabatan agar bertepatan dan bersesuaian
dengan keadaan semasa
5.Membuat tindakan susulan ke atas aduan-aduan yang
diterima dalam tempoh 3 hari
- Created on .
- Hits: 2197