Perancangan Pembangunan
Ketua Unit
Ketua Bahagian/Unit | Mohammad Fadhli Bin Yusoff | ![]() |
Telefon | 09-7916777 (116) | |
Faks | 09-7916999 | |
Emel | ||
Alamat | Unit Perancangan Pembangunan, Majlis Daerah Pasir Mas, Kompleks Apam Putra, Bandar Bharu Pasir Mas, 17070 Pasir Mas, Kelantan. |
Latar Belakang
Maklumat sedang dikemaskini...
Carta Organisasi
Maklumat sedang dikemaskini...
Fungsi Bahagian
a. Kawalan Pemajuan
- Memberi khidmat nasihat perancangan kepada pemaju/ pemilik tanah sebelum permohonan kebenaran merancang bagi membangunkan tanah dikemukakan kepada Majlis melalui Unit OSC.
- Menyemak dan mengeluarkan ulasan teknikal perancangan berdasarkan garis panduan perancangan bagi permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan untuk pertimbangan Majlis.
- Mengawal selia dan memastikan permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan adalah selaras dengan prosedur permohonan dengan mengambilkira peruntukan undang-undang yang diguna pakai.
- Menganggotai Jawatankuasa OSC sebagai Agensi Teknikal Dalaman.
b. Penguatkuasaan Akta 172
- Merangka dan menyeragamkan prosedur penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta 172.
- Merangka dan menyediakan dasar-dasar berkaitan perancangan bandar di peringkat Majlis.
- Memberi pandangan dan nasihat kepada Yang Dipertua dan Jawatankuasa berkenaan kesalahan-kesalahan dan tindakan yang boleh dikenakan selaras dengan peruntukan Akta 172.
- Menjalankan pemantauan bersama Unit Penguatkuasaan Majlis dan Unit Bangunan Majlis bagi mengawal pemajuan tanpa kebenaran merancang.
- Menyediakan laporan siasatan bagi kesalahan di bawah Akta 172 yang dilaporkan untuk tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan.
- Merangka program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat bekenaan kesalahan di bawah Akta 172.
c. Pengurusan Kemampanan Bandar
- Mengawal selia fungsi Rancangan Pemajuan dan memastikan pembangunan tanah yang dilaksanakan selaras dengan Rancangan Pemajuan.
- Melaksanakan program-program berkaitan kemampanan bandar sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.
d. Pengurusan Maklumat Guna Tanah (GIS)
- Mengawal selia pelan guna tanah (zon guna tanah, guna tanah semasa, guna tanah komited) agar selaras dengan Rancangan Pemajuan dan pembangunan semasa.
- Memantau perubahan data guna tanah kesan daripada pembangunan tanah yang diluluskan di peringkat kebenaran merancang.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan penggunaan aplikasi maklumat guna tanah sebagai sumber maklumat pembangunan tanah.
e. Pengurusan Pelan Lanskap
- Menyedia dan menyelaras pelan induk lanskap sebagai rujukan dalam proses pengindahan taman rekreasi dan lanskap bandar.
- Merangka dasar dan garis panduan berkaitan lanskap sebagai panduan semua pihak berkepentingan.
f. Pengurusan Pelaburan dan Projek-Projek Khas
- Menyelaras dan melaksanan dasar dan polisi pelaburan projek usahasama di peringkat Majlis.
- Menguruskan perkara-perkara berkaitan cadangan projek usahasama yang dikemukakan oleh pelabur bermula di peringkat dokumen cadangan hingga perjanjian usahasama dimeterai.
- Memantau kemajuan semasa projek-projek usahasama.
- Menganggotai Jawatankuasa Sehenti Pelaburan Negeri Kelantan dan Jawatankuasa Pemantauan Projek Usahasama Negeri Kelantan.
- Merangka dan menyediakan cadangan bagi projek-projek khas yang memberi impak kepada Majlis.
- Mengurus perkara-perkara berkaitan projek khas bermula di peringkat cadangan hingga peringkat pelaksanaan.
- Memantau kemajuan semasa projek-projek khas dan dilaporkan kepada Jawatankuasa berkaitan di peringkat Majlis dan peringkat Negeri.
- Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa khas yang dibentuk berdasarkan keperluan projek berkenaan.
g. Urusetia Mesyuarat
- Sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Majlis yang bertanggungjawab menimbang serta membuat keputusan berkaitan dasar perancangan, penguatkuasaan Akta 172 dan lain-lain berkaitan.
- Sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pelaburan dan Projek-Projek Khas Majlis yang bertanggungjawab membuat keputusan berkaitan dasar-dasar pelaburan usahasama dan membuat pertimbangan terhadap cadangan usahasama dengan syarikat swasta.
Piagam Pelanggan
1. Menerima permohonan kebenaran merancang dari unit
pusat setempat dan menyemak, memproses serta
mengeluarkan syor perakuan dalam tempoh 7 hari bekerja
untuk dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat
setempat
2. Memproses kelulusan kebenaran merancang dalam
tempoh 7 hari bekerja selepas keputusan lulus dalam
mesyuarat jawatankuasa pusat setempat
3. Menyemak, menyelesaikan dan mengemukakan ulasan
permohonan tanah/perihal tanah ke Pejabat Tanah dan
Jajahan Pasir Mas dalam Tempoh 14 hari Bekerja
4. Mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima dalam
3 hari bekerja
Garis Panduan Perancangan
- Created on .
- Hits: 3123