msen

Latar Belakang

Penubuhan Majlis Daerah Pasir Mas

Majlis Daerah Pasir Mas adalah salah sebuah daripada 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu. Ianya ditubuhkan pada 01 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (171) dengan Warta Kerajaan P.U.7/79.

Latarbelakang 0

Luas Jajahan Pasir Mas ialah 577 km persegi dan lingkungan kawasan Majlis Daerah Pasir Mas merangkumi keluasan kira-kira 139 km persegi. Hasil dari percantuman Penguasa-Penguasa Tempatan yang sedia ada iaitu:

  • Lembaga Bandaran Pasir Mas.
  • Majlis Tempatan Rantau Panjang.
  • Majlis Tempatan To’Uban.
  • Majlis Tempatan Gual Periok.

Kesemua kawasan tersebut dan beberapa pusat pertubuhan baru diletak di bawah satu kuasa iaitu Majlis Daerah Pasir Mas dan cawangan di Rantau Panjang.

Geografi
Majlis Daerah Pasir Mas terletak di bahagian utara Negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Majlis Daerah Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan Majlis Daerah Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.

 

Majlis Daerah Pasir Mas merangkumi kawasan penting dalam Jajahan Pasir Mas meliputi keluasan kawasan iaitu 139 kilometer persegi. Keluasan mengikut kawasan adalah seperti berikut:

 Kawasan  Keluasan(km persegi)
 Bandar Pasir Mas 80.7
 Bandar Kecil Rantau Panjang 37.6
 Pekan To'Uban 5.7
 Pekan Gual Periok 4.0
 Pekan Tendong 3.0
 Pekan Meranti 2.0
 Pekan Bunut Susu 2.0
 Rangkain kawasan berkaitan 4.0
 Mukim 29 buah
  Jumlah 139.0

 

Umumnya keadaan mukabumi adalah mendatar. Bandar Pasir Mas mempunyai rangkaian jalanraya utama yang menghubungkanya antara Ibu Negeri Kelantan di Kota Bharu dengan Bandar Sungai Golok, Negeri Thailand dan merupakan laluan utama antara Negeri-Negeri di Pantai Barat dengan Ibu Negeri Kelantan di Kota Bharu.

 Peta Latarbelakang 0

 

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Kelmarin1
Minggu ini16
Bulan ini32
Jumlah Keseluruhan500096

1
Online

19 Mei 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov