PERKEMBANGAN TERKINI COVID-19
- Jumlah paparan: 782
SOAL SELIDIK PERKHIDMATAN MDPM
- Jumlah paparan: 724
-
- Jumlah paparan: 2109
Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).
MDPM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Oleh yang demikian, MDPM amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
- Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
- Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
- Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
- Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
- Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
- DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
- Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
- Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
Bantuan > RSS
- Jumlah paparan: 11610
Bantuan | Laman Utama | Menu Utama | Carian | Galeri Foto | Kalendar | Peranti Mudah Alih | Panduan Pengguna Forum | RSS | Kod QR |
Apa itu RSS?
RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.
Mengapa RSS perlu?
Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Majlis Daerah Pasir Mas (MD Pasir Mas). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar MD Pasir Mas dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web MD Pasir Mas dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:
• Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
• Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam).
• Menjimatkan masa.
• Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai MD Pasir Mas lebih cepat dan berkesan.
• Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.
Bagaimana menggunakan RSS?
Untuk menggunakan RSS daripada laman web MD Pasir Mas, anda boleh menggunakan langkah seperti di bawah:
1. Klik pada ikon RSS pada halaman utama laman web.
2. Anda akan dipaparkan ke semua halaman RSS yang ada di dalam laman web MD Pasir Mas. Klik pada senarai yang anda inginkan.
3. Pengguna di galakkan untuk "Subscribe To This Feed".
4. Anda boleh memilih di mana anda ingin melihat paparan RSS feed e.g. Browser atau RSS reader yang lain.
5. Dengan cara ini, anda akan menerima secara automatik kandungan yang terkini daripada laman web MD Pasir Mas.
Di mana untuk mendapatkan RSS readers?
Pengguna boleh muat turun desktop atau web-based RSS reader daripada laman web dengan mudah. Anda perlu memilih reader yang sesuai dengan keperluan kerana fungsi readers ini berbeza dengan penggunaan dan keperluannya. Berikut adalah senarai reader yang popular dalam laman web.
Bantuan > Galeri Foto
- Jumlah paparan: 21330
Bantuan | Laman Utama | Menu Utama | Carian | Galeri Foto | Kalendar | Peranti Mudah Alih | Panduan Pengguna Forum | RSS | Kod QR |
- Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Kategori dan Album.
- Sebagai contoh, di dalam kategori Majlis Angkat Sumpah ada memuatkan gambar-gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung.Pengguna boleh klik pada gambar untuk mengetahui deskripsi lanjut.
- Gambar juga boleh dimuat turun.
- Pergi ke Galeri photo