Bantuan > RSS
- Jumlah paparan: 11928
Bantuan | Laman Utama | Menu Utama | Carian | Galeri Foto | Kalendar | Peranti Mudah Alih | Panduan Pengguna Forum | RSS | Kod QR |
Apa itu RSS?
RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.
Mengapa RSS perlu?
Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Majlis Daerah Pasir Mas (MD Pasir Mas). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar MD Pasir Mas dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web MD Pasir Mas dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:
• Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
• Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam).
• Menjimatkan masa.
• Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai MD Pasir Mas lebih cepat dan berkesan.
• Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.
Bagaimana menggunakan RSS?
Untuk menggunakan RSS daripada laman web MD Pasir Mas, anda boleh menggunakan langkah seperti di bawah:
1. Klik pada ikon RSS pada halaman utama laman web.
2. Anda akan dipaparkan ke semua halaman RSS yang ada di dalam laman web MD Pasir Mas. Klik pada senarai yang anda inginkan.
3. Pengguna di galakkan untuk "Subscribe To This Feed".
4. Anda boleh memilih di mana anda ingin melihat paparan RSS feed e.g. Browser atau RSS reader yang lain.
5. Dengan cara ini, anda akan menerima secara automatik kandungan yang terkini daripada laman web MD Pasir Mas.
Di mana untuk mendapatkan RSS readers?
Pengguna boleh muat turun desktop atau web-based RSS reader daripada laman web dengan mudah. Anda perlu memilih reader yang sesuai dengan keperluan kerana fungsi readers ini berbeza dengan penggunaan dan keperluannya. Berikut adalah senarai reader yang popular dalam laman web.