Kelantan umum 5 Mei sebagai cuti peristiwa
- Jumlah paparan: 305
Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 5 Mei depan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perisytiharan cuti itu dibuat bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta rakyat negeri ini mengundi pada hari tersebut.