msen

Arkib Berita

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Peringkat Negeri Kelantan 0

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Peringkat Negeri Kelantan

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bagi peringkat negeri Kelantan telah diadakan di Padang Perdana Kota Bharu

pada 31 Ogos 2012. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat.

Majlis sambutan ini telah dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk peserta perbarisan yang terdiri daripada 59 kontinjen jabatan kerajaan negeri, pusat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kontinjen daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diumumkan sebagai johan perbarisan dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 dan sijil. Tempat kedua dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu ditempat ketiga.

Majlis disemarakkan dan dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai dan persembahan-persembahan kebudayaan antaranya deklamasi sajak, pentomen dan pertunjukan seni mempertahankan diri PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sambutan kemerdekaan peringkat Negeri Kelantan pada tahun ini bertemakan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', 'Kelantan Menerajui Perubahan'.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Kelmarin3
Minggu ini13
Bulan ini29
Jumlah Keseluruhan500093

1
Online

16 Mei 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov