PERMOHONAN
Pelesenan
- Jumlah paparan: 68199
Indeks Artikel
Halaman 2 dari 4
Tatacara Permohonan
- Dapatkan borang permohonan di Pejabat MDPM.
- Isi borang permohonan bagi mendapatkan lesen premis perniagaan.
- Sediakan:
- Salinan daftar perniagaan
- Salinan pelan lokasi
- Salinan surat sokongan bomba (jika ada)
- Salinan sijil kesihatan atau surat perakuan kesihatan (bagi permohonan lesen makanan dan minuman)
- Dua (2) keping gambar pasport
- Bayaran pendaftaran RM 20.00
- Hantar borang permohonan ke Pejabat MDPM
SYARAT-SYARAT PERLESENAN
- Menjaga kebersihan premis dan persekitaran pada setiap masa.
- Barang-barang perniagaan tidak dibenarkan diletakkan di luar premis perniagaan.
- Menyediakan alat pemadam api yang perlu dipatuhi.
- Pemegang lesen dan pengendali makanan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan pada setiap tahun.
- Mengamalkan kaedah-kaedah kebersihan diri semasa mengendali dan semasa berada di premis makanan.
- Peniaga wanita dikehendaki berpakaian sopan dan menutup aurat.
- Barang-barang terbuang dan tidak diguna pakai tidak dibenarkan dibuang atau dilonggok di tepi jalan dan hendaklah dilupuskan sendiri oleh pemegang lesen.
- Jualan secara borong sahaja dibenarkan.
- Tapak perniagaan hendaklah dibersihkan setiap hari selepas tamat perniagaan.
- Barang-barang perniagaan tidak dibenarkan disimpan di tapak selepas tamat perniagaan setiap hari.
- Tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja menggunting atau mendandan rambut yang bukan sejenis.
- Langkah-langkah kawalan kacau ganggu lalat dan bau hendaklah diambil bagi mengelakkan gangguan kepada penduduk yang berdekatan. Klorinasi di dalam tangki resapan air buangan hendaklah dilakukan pada setiap minggu.
- Sisa-sisa seperti bulu dan perut ayam hendaklah diuruskan dengan sempurna seperti dibungkus di dalam karung palstik dan dilupuskan di tapak pelupusan.
- Perniagaan hendaklah dihentikan sementara selama 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib.
- Kerja-kerja yang melibatkan pengeluaran bunyi hanya boleh dijalankan sehingga jam 7 petang sahaja untuk mengelakkan gangguan kepada penduduk berdekatan.
- Perniagaan hendaklah dijalankan di gerai atau petak yang disediakan.
- Kegagalan tuan/ puan untuk mengikuti syarat-syarat di atas akan mengakibatkan lesen tuan/ puan akan ditarik balik tanpa sebarang notis.