Accessibility Tools

Skip to main content

PINDAH MILIK PEGANGAN BERCUKAI

 

PINDAH MILIK PEGANGAN BERCUKAI

Bagi harta yang masih belum ditukar hakmilik, tempoh 3 bulan diberi untuk membuat pertukaran. Bagaimanapun, bagi harta yang melibatkan individu yang telah meninggal dunia, tempoh masa yang diberi adalah setahun. Kegagalan berbuat demikian di dalam tempoh tersebut akan membawa kepada pengenaan kompaun.
PERHATIAN: Setiap pertukaran pemilik perlu membuat pindah milik

Adakah saya perlu membuat pindah milik?

Mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) 160, apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I atau Borang J (atas sebab kematian).

 

Dimanakah saya harus mendapatkan Borang I atau Borang J?
Borang I atau Borang J boleh didapati di kaunter semakan cukai taksiran di Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas, Lubok Jong di kaunter 2 Penilaian.

Adakah dikenakan apa-apa bayaran untuk proses pindah milik?
Setiap proses pindah milik akan dikenakan bayaran sebanyak RM 120.00.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pindah milik?

Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah :-

  1. Borang pemohonan pindah milik G atau I.
  2. Salinan Geran hakmilik terkini,surat perjanjian jual beli atau  Borang 14A   berserta resit bayaran di Pejabat Tanah & Galian.
  3. Salinan Cukai Taksiran Terkini. Tunggakan mesti di jelaskan terlebih dahulu.
  4. Salinan Kad Pengenalan pemilik baru.
  5. Surat pengesahan tuan tanah yang di setemkan bersama salinan kad pegenalan bagi tanah yang disewakan daripada tuan tanah.
  6. Bayaran proses RM 120.00.

Urusan pindahmilik pegangan boleh dibuat di kaunter semakan Tingkat 1, Kaunter 2 Penilaian, Majlis Daerah Pasir Mas, Lubok Jong.
Nama pembeli atau pemilik baru akan dibilkan atau diproses dalam tempoh 14 hari melalui surat atau pesanan ringkas (SMS bagi yang ada menyertakan no telefon)

Apakah denda dan hukuman jika pindah milik tidak di buat atau tidak di beri notis kepada pihak berkuasa tempatan?
Sek.160 (6), tiap-tiap orang yang tidak memberi notis boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara kedua-duanya.

 

 

  • Created on .
  • Hits: 93

SEO

Penerbitan
Arkib Berita
PBTCare