Accessibility Tools

Skip to main content
777881670 1458398946395849 786762793497435150 N

PROGRAM JOM BERJALAN SAMBIL MEMUNGUT SAMPAH

Pada 21 Ogos 2026, telah berlangsung Program Jom Berjalan Sambil Memungut Sampah anjuran Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) bertempat di Taman Maka Utama, Pasir Mas.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan hampir 200 orang, terdiri daripada Ahli Majlis, Kakitangan MDPM, Jawatankuasa Penduduk serta penduduk Taman Maka Utama.

Program telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Fatah bin Hj. Haron, Ketua Whip Majlis Daerah Pasir Mas. Turut berlangsung dalam program ini ialah penyerahan alat-alat pembersihan oleh pihak MDPM kepada Persatuan Penduduk Taman Maka Utama sebagai sokongan dan galakan kepada komuniti setempat untuk terus melaksanakan aktiviti kebersihan secara berterusan.

Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat gotong-royong, kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih, ceria dan selesa.

Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi tanggungjawab kita bersama.

Jom kita teruskan budaya bersih, sihat dan prihatin demi Pasir Mas yang lebih indah dan sejahtera!

  • Created on .
  • Hits: 19

SEO

Penerbitan
Arkib Berita
PBTCare