LAWATAN TURUN PADANG PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG PBT TAHUN 2026 KE MAJLIS DAERAH PASIR MAS
16 Ogos 2026 pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) telah menerima Lawatan Turun Padang Pasukan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai serta melihat secara langsung pelaksanaan aspek pentadbiran, penyampaian perkhidmatan, pengurusan, pengurusan persekitaran serta inisiatif dan inovasi yang dilaksanakan oleh MDPM dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.
Pasukan panel penilai turut berkesempatan meninjau beberapa lokasi dan fasiliti di bawah seliaan MDPM sebagai sebahagian daripada proses penilaian yang ditetapkan.
MDPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang PBT Tahun 2026 atas kunjungan serta komitmen dalam melaksanakan penilaian ini.
Semoga penilaian ini menjadi pemangkin kepada MDPM untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan serta mesra rakyat.
“Bersama Memacu Pasir Mas Ke Arah Lebih Cemerlang”
"Membangun Demi Perpaduan Masyarakat"
- Created on .
- Hits: 17