KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK MAYC PASIR MAS
22 Januari 2026,pihak Majlis Daerah Pasir Mas telah merima kunjungan hormat daripada Pihak MAYC Pasir Mas yang diketuai oleh Encik Asroy bin Azmi Pengerusi MAYC PASIR MAS.Pelbagai perancangan serta cadangan dibincangkan dalam usaha untuk meremajakan Gen L Arena @ Plaza Serakai Mas sebagai sebuah ruang Komuniti Belia yang aktif,dinamik dan berimpak tinggi. Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif dengan tumpuan kepada pengisian program berunsur sukan seperti Pickleball, Ping Pong,Carom,E-Sports dan banyak lagi.Idea dalam bidang keusahawanan seperi "Coffe Corner" juga akan diketengahkan bagi memastikan ianya menjadi platform yang inklusif dan relevan kepada keperluan Generasi Muda masa kini. Pihak Majlis menyambut baik segala inisiatif yang dibawa dan semoga komitmen dan usaha kolaboratif ini dapat direalisasikan melalui pelaksanaan yang berterusan bagi memberi manfaat kepada seluruh masyarakat,khususnya golongan Belia di Daerah Pasir Mas.
- Created on .
- Hits: 13