MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS MDPM 2025
24 AHLI MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS MDPM 2025
13 Januari 2025 (Isnin) - Seramai 24 orang Ahli Majlis telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi mewakili Majlis Daerah Pasir Mas.
Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MDPM telah berlangsung di Hotel Renai Kota Bharu di hadapan YABrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah , Yang Dipertua, MDPM dan disaksikan oleh YBrs Encik Mohd Shuhairy Bin Samsudin, Setiausaha MDPM, YB Haji Mohamad Nasriff Bin Daud (Adun Pengkalan Pasir) dan para pegawai MDPM.
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik. Semoga pelantikan ini memberikan harapan baru kepada pembangunan dan kemajuan MDPM.
- Created on .
- Hits: 90