msen

Berita Terkini

Previous Next

MAJLIS PECAH TANAH PERODUA DMM SALES 3S CENTRE PASIR MAS

MAJLIS PECAH TANAH PERODUA DMM SALES 3S CENTRE PASIR MAS
 
14 Oktober 2024 - Telah diadakan Majlis Pecah Tanah bagi pembangunan Perodua DMM Sales 3S Centre bertempat di Taman Industri Halal Pasir Mas (Pasir Mas Halal Park). Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn. Bhd. YBhg. Dato' JH Rozman bin Jaafar bersama dengan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Daihatsu, En. Arman Mahadi. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pengurus Besar ECERDC Negeri Kelantan dan Setiausaha Majlis Daerah Pasir Mas.
 
Perodua 3S Centre merupakan sebuah pusat jualan, penyelenggaraan dan pusat jualan alat ganti (Sales, Services & Genuine Spareparts) bagi kenderaan Perodua. Projek pembangunan Perodua 3S Centre ini dijangka siap pada Ogos 2025 dan akan beroperasi selepas pembinaan siap sepenuhnya. Kelak ia akan dioperasikan oleh DMM Sales Sdn.
Bhd. yang merupakan pengedar sah Perodua terbesar di Malaysia.
 
Perodua DMM Sales 3S Centre ini akan memberi kemudahan kepada masyarakat Pasir Mas dan sekitar yang ingin memiliki kenderaan Perodua. Selain itu, pemilik-pemilik kenderaan Perodua sedia ada juga boleh menyelenggara kenderaan dan mendapatkan alat ganti kenderaan Perodua di sini.
 
Majlis Daerah Pasir Mas sentiasa menyokong dan mengalu-alukan pembangunan seperti ini yang secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin kepada ekonomi setempat selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Diharap pembangunan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
 

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777

Tel. Tempat Letak Kenderaan : 09 - 7916777 / 09 - 7916666 (ext:106)
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Kelmarin3
Minggu ini14
Bulan ini37
Jumlah Keseluruhan500635

1
Online

21 November 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov