msen

Berita Terkini

Previous Next

KUNJUNG HORMAT PIHAK KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) PASIR MAS KEATAS TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH PASIR MAS

04 Ogos 2024 - YBrs Ts. Rohayu binti Daud, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik) KKTM Pasir Mas yang mewakili Pengarah KKTM Pasir Mas telah hadir kunjung hormat keatas YABrs Yang Dipertua MDPM bertempat di Bilik Tamu Ketua Jajahan, Pasir Mas.
 
Sesi kunjung hormat dan perjumpaan ini disambut mesra oleh YABrs Tuan Yang Dipertua. Kunjung hormat ini adalah sebagai tanda perkenalan antara kedua-dua pihak dan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan KKTM Pasir Mas dan pihak MDPM.
 
Dalam perjumpaan ini YBrs. Timbalan Pengarah telah menerangkan latar belakang KKTM Pasir Mas kepada YABrs Tuan Yang Dipertua. Selain itu, YBrs. Timbalan Pengarah membuat perkongsian dan penerangan ringkas mengenai produk inovasi KKTM yang terkini iaitu "FLOBA" yang akan dipertandingkan dalam The International EUREKA Innovation Exhibition Event 2024 (i-EIE 2024).
 
YABrs Tuan Yang Dipertua menzahirkan rasa terima kasih atas lawatan tersebut dan mengharapkan KKTM dan MDPM boleh bekerjasama di masa akan datang melalui penganjuran program bersama.
 
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut YBrs, Tuan Setiausaha MDPM, YBrs. Ketua Unit Undang-undang MDPM, YBrs. Dr. Muhamad Shahirul bin Mat Jusoh (Pensyarah KKTM) dan Cik Nurin Aina binti Hadi (wakil pelajar KKTM).
 

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777

Tel. Tempat Letak Kenderaan : 09 - 7916777 / 09 - 7916666 (ext:106)
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Kelmarin3
Minggu ini14
Bulan ini37
Jumlah Keseluruhan500635

1
Online

21 November 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov