msen

Berita Terkini

Previous Next

FASILITI KITAR SEMULA & PUSAT PENTERNAKAN LALAT ASKAR HITAM DI BANDAR TASEK RAJA

Exco YB. Hilmi Bin Abdullah meluangkan masa ke Pasar Besar Tasek Raja Pasir Mas untuk melawat Fasiliti Kitar Semula dan Rumah Ternakan Black Soldier Fly (BSF) yang diusahakan secara usaha antara Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan juga Kumpulan Utilities Mubaarakan (KUM) yang dioperasikan oleh anak syarikat KUM iaitu Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan (PSPM) Sdn Bhd. Lalat Askar Hitam atau Black Soldier Fly (BSF) sudah lama digunakan secara meluas di ladang luar negara sebagai salah satu kaedah untuk menjana semula pendapatan melalui ekonomi kitaran daripada sisa pembuangan sampah domestik yang terdiri daripada sisa makanan. Ini kerana kandungan protein ternakan BSF ini amat tinggi sekitar 40-42% nutrien selain mengandungi 32% lemak yang memang sesuai untuk makanan haiwan ternakan terutama ayam dan ikan yang dapat menjimatkan kos dengan kenaikan harga dedak di pasaran. Malah BSF ini juga boleh juga diproses menjadi baja kompos & organik untuk tanaman dan sayuran.
Kitaran lalat BSF ini adalah selama 30-44 hari bermula dari Induk  BSF mengeluarkan telur yang kemudiannya bertukar menjadi larva seterusnya menjadi pulpa dan kembali menetas menjadi Induk semula. Setiap ekor BSF mampu mengeluarkan 500-1,000 telur yang dibela menjadi pulpa dalam sisa makanan dan akan matang dalam tempoh 2 minggu untuk dituai dan dijual. Sebahagian kecil akan dibiarkan menjadi pulpa matang untuk menetas BSF baru sebagai kitaran pembiakan.
Tahniah kepada MDPM, KUM dan PSPM atas inisiatif ini

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777

Tel. Tempat Letak Kenderaan : 09 - 7916777 / 09 - 7916666 (ext:106)
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Kelmarin3
Minggu ini14
Bulan ini37
Jumlah Keseluruhan500635

1
Online

21 November 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov