msen

Berita Terkini

Previous Next

JELAJAH EXCO PBT KE MAJLIS DAERAH PASIR MAS

Jelajah Exco PBT ke Majlis Daerah Pasir Mas

Exco YB. Hilmi Bin Abdullah dan Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan telah mengadakan Jelajah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kelantan ke Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) yang merupakan PBT kelapan untuk Jelajah Siri 1 Tahun 2024 ini. Melalui program Jelajah ini setiap PBT berpeluang memberikan laporan semasa serta menyampaikan taklimat terperinci berkait belanjawan tahunan, prestasi kewangan, plan pembangunan PBT selain dapat berdialog secara terbuka dengan Exco bagi memastikan segala perancangan PBT selari dengan acuan dan dasar pembangunan Negeri Kelantan dibawah Dasar Membangun Bersama Islam dengan tema Kelantan Maju Rakyat Sejahtera. Selain meningkatkan imej dan perkhidmatan bandar kepada pembayar cukai, MDPM turut membuat Perancangan Strategik Pembangunan Jajahan (2024-2030) yang dirancang secara teliti melalui Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas untuk membangunkan pekan Rantau Panjang sebagai Bandar Sempadan & Bandar Pelancongan dan juga Bandar Tasek Raja sebagai Bandar Pentadbiran & Residensi manakala pekan Meranti dan Tendong sebagai pusat pertumbuhan baru jajahan ke arah penarafan Pasir Mas sebagai Majlis Perbandaran pada tahun 2030. Usaha menaik taraf kawasan strategik di kawasan pusat bandar dengan perniagaan bercampur dan lokasi-lokasi menarik dan infrastruktur pelancongan dalam kawasan PBT sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini seperti pembinaan Dataran Bandar Baru Pasir Mas, Taman WetLand Paya Gelam, Medan Ilmu Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Jeti Danau Tok Uban Eco-Tourism, Kawasan Rekreasi Bukit Panau dan Bukit Kwong. Exco YB. Hilmi Bin Abdullah, percaya dengan perancangan strategik dan usaha keras serta sokongan seluruh warga kerja MDPM akan berjaya mencapai hasrat yang digagaskan ini.
Pada majlis tadi sebanyak RM126,500 telah disumbangkan untuk pembelian tong sampah bagi menjayakan agenda Kelantanku Bersih dan sebanyak RM796,950.00 telah disampaikan bagi Projek Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan PBT bagi suku kedua tahun 2024. Syabas dan Tahniah  diucapkan Tuan YDP, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MDPM di atas usaha dan komitmen anda  dalam membangunkan Majlis Daerah Pasir Mas.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pasir Mas,
Kompleks Apam Putra,
Bandar Baru Pasir Mas,
Lubok Jong,
17070 Pasir Mas,
Kelantan.

Tel : 09 - 7916777 / 09 - 7916666
Fax : 09 - 7916999
Sms : 09 - 7917890 / 09 - 7916777

Tel. Tempat Letak Kenderaan : 09 - 7916777 / 09 - 7916666 (ext:106)
Emel : mdpm[at]kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah maklumat mudah dicapai di dalam laman web ini?

Kaunter Pelawat

Hari ini3
Kelmarin1
Minggu ini9
Bulan ini30
Jumlah Keseluruhan500573

1
Online

18 Oktober 2024

Search

Penerbitan
Arkib Berita
Notice: Undefined variable: your_date in /home/kijangmdpm20/www1/mdpmas/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

mygov