
PROGRAM QURBAN PERDANA MAJLIS DAERAH PASIR MAS 2025
Pada 10 Jun 2025 bersamaan 13 Zulhijjah 1446H, Program Qurban Perdana Majlis Daerah Pasir Mas 2025 telah berlangsung diperkarangan Pejabat MDPM Lubok Jong.
Sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih dalam program ini, disempurnakan oleh YBrs. Tuan Yang Dipertua MDPM sendiri, disaksikan oleh kakitangan pelbagai bahagian. Aktiviti penyembelihan, melapah dan pengagihan dilaksanakan secara bergotong-royong oleh warga kerja MDPM dalam suasana harmoni dan penuh kesyukuran.
Terima kasih kepada semua yang turut menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan program ini. Semoga nilai-nilai kebersamaan yang terpancar dalam ibadah korban ini terus menyemarakkan budaya kerja yang ikhlas dan berdaya amanah di MDPM.
- Created on .
- Hits: 63