Accessibility Tools

Skip to main content

KELANTAN OPEN TUG OF WAR CHAMPIONSHIP 2025

15 Februari 2025– Pasukan Blue Titans muncul juara kategori 680 kilogram ke atas dalam Kejohanan Tarik Tali Terbuka Kelantan 2025, menewaskan C. Hawk dalam aksi mendebarkan di Stadium Mini Pasir Mas, semalam.

Pertandingan tersebut menarik penyertaan 30 pasukan dari seluruh Semenanjung Malaysia, menandakan sambutan luar biasa terhadap sukan tarik tali yang semakin berkembang.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata jumlah penyertaan yang besar menunjukkan potensi sukan itu untuk dijadikan acara tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

  • Created on .
  • Hits: 115

SEO

Penerbitan
Arkib Berita
PBTCare