OPERASI KUTIPAN TUNGGAKAN SEWAAN DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN MILIK MAJLIS DAERAH PASIR MAS
- Jumlah paparan: 23
Pada 21, 22 Dan 23hb Oktober 2024, Operasi Kutipan Tunggakan Sewaan telah dijalankan serentak Di premis-premis perniagaan milik Majlis Daerah Pasir Mas ( Pasir Mas Dan Rantau Panjang) yang melibatkan ketua bahagian MDPM, Bahagian Penguatkuasa Dan Pengurusan Harta. Operasi kutipan ini akan dilakukan secara berskala setiap bulan ke premis yang mempunyai tunggakan sewa dan ingkar serta tidak mematuhi perjanjian bayaran yang telah dibuat dengan pihak MDPM.
Sila pastikan bayaran sewa semasa dilakukan bagi mengelakkan tindakan Sitaan Dan undang-undang diambil.