MAJLIS MENGACAU BUBUR ASYURA SEMPENA MENYAMBUT MUHARRAM 1446 HIJRAH MDPM
- Jumlah paparan: 145
29 Julai 2024, Majlis Daerah Pasir Mas telah mengadakan Majlis Mengacau Bubur Asyura Sempena Menyambut Muharram 1446 hijrah di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Majlis Daerah Pasir Mas. Majlis ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi hingga jam 5.00 petang dan semua kakitangan MDPM terlibat dalam menjayakan Majlis Asyura tersebut. Bubur Asyura ini diagihkan kepada semua warga Majlis Daerah Pasir Mas.