WhatsApp Image 2021 08 09 At 10.55.12 PM

NOTIS PEMAKLUMAN MENGENAI SYARAT-SYARAT KEBENARAN "DINE-IN" DI RESTORAN/KEDAI MAKAN DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS

NOTIS PEMAKLUMAN MENGENAI SYARAT-SYARAT KEBENARAN "DINE-IN" DI RESTORAN/KEDAI MAKAN DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS
 
Adalah dimaklumkan selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan "dine-in" di premis makanan, Majlis Daerah Pasir Mas telah menetapkan semua pengusaha restoran dan kedai makan di kawasan Majlis Daerah Pasir Mas hendaklah mematuhi syarat-syarat "dine-in" di premis makanan seperti berikut:
 
 
1) Hanya terima pelanggan yang telah lengkap divaksin.
2) Memaparkan di pintu masuk premis perniagaan notis penerimaan pelanggan yang telah lengkap divaksin sahaja.
3) Pemilik premis perlu paparkan di pintu masuk premis perniagaan jumlah pekerja yang telah menerima vaksin lengkap.
4) Pemilik premis perlu pastikan susun atur meja mengikut penjarakan dan premis mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik.
5) Pemilik premis perlu pastikan bilangan pelanggan di satu meja hanyalah 50% daripada kapasiti meja serta patuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
 
Sehubungan dengan itu, semua pengusaha dikehendaki mematuhi syarat-syarat di atas sepanjang masa operasi perniagaan dijalankan.
 
Kegagalan mematuhi notis ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDPM 2019 & (Pindaan) 2020 iaitu sitaan premis, penutupan premis, pembatalan lesen perniagaan Majlis dan kompaun akan dikenakan kepada mana-mana pengusaha/pemilik premis perniagaan yang ingkar.
 
Dengan Perintah
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
 
 
Tarikh berkuatkuasa : 10 Ogos 2021/ 1 Muharam 1443H