Photo 2022 06 09 11 44 50

PROGRAM JELAJAH KELANTANKU BERSIH DAN PERASMIAN ZON BERSIH INDAH & CERIA PERINGKAT JAJAHAN PASIR MAS

Kelantanku Bersih dan Merakyatkan Membangun bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Proses ini bukan hanya untuk seketika. Proses ini boleh jadi memakan generasi. Tetapi sekiranya ia tidak dimulakan, ia tidak akan berakhir. Seribu langkah itu bermula dengan langkah pertama. Tidak melangkah bererti tidak bergerak. Set destinasi, apa yang ingin kita capai. Berusaha dan terus maju kehadapan hingga tercapai cita-cita.
 
Jadikan hasrat agenda Kelantanku Bersih ini hasrat kita bersama seluruh masyarakat. InsyaAllah akan lahir kesedaran dari hati untuk melaksanakan cita-cita ini. Semoga pelancaran Zon Bersih Indah dan Ceria di Pasir Mas ini akan menjadi satu tanda aras baru tahap kebersihan yang sepatutnya dikekalkan di semua kawasan PBT. Tahniah Majlis Daerah Pasir Mas dan semua pihak atas komitmen serta kesungguhan dalam menjayakan Jelajah Kelantanku Bersih di PBT Pasir Mas pada hari ini.