Penilaian dan Pengurusan Harta
Penilaian dan Pengurusan Harta
Fungsi Utama
-
Mempertingkatkan pendapatan Majlis dari punca hasil cukai taksiran am dan carum membantu kadar (Seksyen 127 dan 163) Akta 171 (1976).
-
Mengagihkan beban pembayar cukai ke tahap yang wajar dan berpatutan.
-
Berusaha dan meningkatkan taraf dan kualiti kerja dengan memberi perkhidmatan yang lebih baik bagi mencapai objektif Majlis.
-
Menyediakan senarai nilaian bagi semua jenis harta bagi tujuan cukai taksiran am.
-
Menjalankan penilaian dan penyediaan senarai nilaian terhadap semua bangunan milik kerajaan persekutuan, negeri, dan badan-badan berkanun untuk masuk carum membantu kadar.
-
Menyedia, memeriksa dan mengesahkan laporan mengenai rumah runtuh, terbakar, untuk dibatalkan dari senarai nilaian.
-
Menulis kenyataan dalam warta kerajaan bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan 1976
-
Urusan penempatan nombor-nombor rumah dan kedai di dalam kawasan Majlis.
-
Mengemaskinikan rekod-rekod melalui penilaian semula yang telah dijalankan.
Objektif
- Untuk mencapai sifar tunggakan sewa/ cukai.
- Mencapai kepuasan maksimum khidmat yang diberi kepada masyarakat setempat/ penyewa.