Previous Next

Tasek Kwon

Tasik Kwong terletak di kawasan Bukit Kwong kira-kira 20 kilometer dari Pekan Rantau Panjang merupakan sebuah tasik yang mempunyai permandangan mukabumi yang sungguh mengasyikkan dimana

amat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana ketenangan dan perkelahan bersama keluarga. Aktiviti sukan air seperti sukan jet-ski, berkayak dan berenang amat sesuai dilakukan disini. Selain daripada itu, tasik ini juga menjadi pilihan kepada peminat sukan memancing yang ingin menjinakkan pelbagai spesis ikan air tawar termasuk kelah.