msen

NOTIS PENJARAKAN FIZIKAL DI RESTORAN

ARAHAN PEMATUHAN PENJARAKAN FIZIKAL DI RESTORAN / KEDAI MAKAN DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS

 

Adalah dimaklumkan bahawa semua pengusaha restoran/kedai makan dalam kawasan MDPM hendaklah memastikan penyusunan meja di restoran/kedai makan dijarakkan 2 meter antara meja dengan jumlah pelanggan 5 orang maksimum bagi meja berkapasiti besar dan penjarakan 1 meter antara individu.

 

Arahan ini adalah sebagaimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri Kelantan Bil.17/2020 yang bersidang pada 16 Rabiulawal 1442H  bersamaan 02 November 2020M yang dipengerusikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.

 

Sehubungan dengan itu, semua pengusaha premis perniagaan restoran/kedai makan dalam kawasan MDPM hendaklah mematuhi arahan di atas bermula dari tarikh arahan ini dikeluarkan.

 

Mana-mana pengusaha premis perniagaan restoran/kedai makan dalam kawasan MDPM yang INGKAR atau GAGAL mematuhi arahan ini adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

 

Arahan ini adalah selaras dengan kuasa MDPM di bawah AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171), UNDANG – UNDANG KECIL PELESENAN TRED, PERNIAGAAN & PERINDUSTRIAN (MAJLIS DAERAH PASIR MAS) 2019 serta selaras dengan AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342) dan AKTA POLIS 1967.

 

Dengan perintah,

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH PASIR MAS

 

Bertarikh : 22 Rabiulawal 1442H bersamaan 08 November 2020M

Search