NOTIS PEMAKLUMAN MASA BAHARU BAGI OPERASI PERNIAGAAN (PKPP)
- Jumlah paparan: 93
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
NOTIS PEMAKLUMAN MASA BAHARU BAGI OPERASI PERNIAGAAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri Kelantan Bil.15/2020 yang telah diadakan pada 10 Zulkaedah 1441H bersamaan 02 Julai 2020 yang dipengerusikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk menentukan masa baharu operasi perniagaan sebagaimana berikut berkuatkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) :
BIL. |
PERNIAGAAN |
MASA BAHARU |
1. |
Kompleks beli belah dan Pasaraya |
Tiada perubahan masa (10:00 pagi hingga 10:00 malam) |
2. |
Stesen minyak dan kedai runcit stesen minyak |
6:00 pagi hingga 12:00 malam |
3. |
Perniagaan yang lain |
Sebagaimana had yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dengan tidak melebihi jam 11:30 malam |
Semua pengusaha premis perniagaan dalam kawasan MDPM yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPP hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MKN boleh dilayari di laman sesawang https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/
Mana-mana pengusaha premis perniagaan yang ingkar atau gagal mematuhi apa-apa syarat atau arahan yang dikeluarkan oleh MDPM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 14 Zulkaedah 1441H bersamaan 06 Julai 2020
Dengan perintah,
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS