Perundangan
Perundangan
- Jumlah paparan: 108
Motto
" Dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil"
Fungsi
- Menggubal dan meminda Undang-Undang Kecil, peraturan, perintah dan kaedah Majlis.
- Menyemak undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
- Memberi khidmat nasihat perundangan dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah.
- Mengemaskini koleksi rujukan undang-undang Majlis
- Menyedia dan menyemak surat perjanjian.
- Mengadakan pendidikan perundangan kepada pegawai-pegawai Majlis.
- Menguruskan bahan untuk kursus/bengkel undang-undang.
Visi
Menjadikan perundangan Majlis dilaksanakan secara berhikmah bertunjangkan keadilan dan persaudaraan Islam.
Misi
Memastikan pematuhan dan pelaksanaan undang-undang dalam mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, aman makmur dan bertanggungjawab.
Objektif
- Melengkapkan sumber-sumber perundangan Majlis dengan mewujudkan sumber-sumber perundangan terutamanya Perundangan Subsidiari (Subsidiary Legislation);
- Memastikan segala peraturan dan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis menjadi teras kepada sesuatu dasar atau polisi yang dibuat oleh Majlis;
- Memastikan setiap tindakan Undang-undang dan Penguatkuasaan dilaksanakan secara tegas, bertanggungjawab dan tersusun terhadap perlanggaran mana-mana peraturan atau undang-undang;
- Mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap peraturan-peraturan dan undang-undang Majlis secara langsung melalui tindakan penguatkuasaan.
Piagam Pelanggan
Berusaha untuk menyediakan perkhidmatan perundangan yang mesra secara berkesan, cekap , adil dan berhikmah menjamin kesejahteraan masyarakat melalui undang-undang.